Monday, February 7, 2011

silent mode

di pendek kan cerita gua mahu berdiam diri seketika dalam maksud lain invincible dalam laman sosial dan alam maya..normal life without iT gadget..betulkan apa yang salah,fikirkan apa yang kurang..terlalu banyak berfikir tentang masalah dan kehidupan harian..dan sebenarnya gua terlalu jauh,jauh sangat-sangat dalam semua aspek..ilmu agama masih kurang apatah lagi kehidupan harian..masih belum bekerjaya..tak mampu bantu mak dan ayah yang paling terasa sangat..sekarang ni tiada lesen kereta..lesen takde la gua kesah sangat tapi tolong mak dan ayah,gua harap dapat hujung tahun ni gua dah settlekan..masa hari ahad kemarin sebelum gua berangkat ke kotaraya,gua sempat menghantar mak pergi ke kebun getah..semasa pulang air mata gua mengalir sedih melihat mak bekerja keras mahu menanggung anak anak..gua terasa tak berguna sangat..gua dah masuk 25 tahun bulan 8 ni..habiskan belajar cepat,kalau dapat kerja kat kampung gua tak kesah,gaji kecil ke..kali ni memang kalau boleh gua mahu menolong sedaya yang boleh..gua tak penah malu bila menghantar mak pergi ke kebun getah..itulah rezeki yang membantu gua selama ni..gua tak pernah cakap tak nak untuk menolong kat kebun tu..walaupun pagi pagi yang sejuk teramat malas dalam benak hati gua,untuk menjaga hati bonda tercinta gua gagah kan untuk tolong..tiap kali mengambil my mom pulang dari kebun hati gua berasa nikmat yang amat sangat,tiada kata kata yang dapat ungkapkan perasaan ni..bergelak ketawa atas motor honda c70 gua yang pertama gua dapat time sekolah menengah dulu..gua paling suka bila bergosip dengan mak tentang orang kat kampung..memang mak akan cerita satu persatu, itu ini lah dan gua yang akan gelak kan dulu..gua nak sangat kerja kat kampung sebab gua boleh jaga my parent nanti..gua tak kesah gaji gua di habiskan untuk mereka..

akhir sekali gua rasa gua jarang berblogging lepas ni..tapi gua masih follow blog blog yang lain..gua doakan ayah dan mak gua sihat walafiat..di murahkan rezeki...di jauhkan segala pekara buruk dan penyakit..amin..
i love my mom and dad  so muchhhhh 

No comments: